Putera_Rayyan

Putera Rayyan merupakan siri drama televisyen Malaysia 2012 arahan Murali Abdullah, terbitan A. Aida Production. Dibintangi oleh Kamal Adli, Nad Zainal dan Miera Leyana, ia mengisahkan cabaran yang diharungi oleh pasangan muda Putera Rayyan dan Arisa yang bercinta dan berkahwin namun tidak berupaya mengecapi saat manis dan kehidupan indah setelah berumahtangga dek campur tangan keluarga mertua serta kehadiran orang ketiga, siri ini bersiaran di Slot Samarinda TV3 dari 31 Oktober 2012 hingga 20 Disember 2012 menggantikan Saiful Nita.[1]