Pencapaian Puteri_Gunung_Ledang_(filem)

Filem tersebut merupakan filem yang menelan belanja tertinggi dalam sejarah pengeluaran filem di Malaysia yang. Ini juga buat kali pertama Tiara Jacquelina menjadi pelakon dan penyanyi iaitu lagu tema filem ini, "Asmaradana". Filem itu diarah oleh Teong Hin Saw dan dikeluarkan oleh Shazalli Ramly. "Puteri Gunung Ledang" telah mencapai kedudukan ke-49 dalam senarai tapisan Kategori Filem Asing Terbaik di Anugerah Akademi Oscar ("Academy Awards") Tahun 2004.

Selain itu, filem ini menyertai Bangkok International Film Festival, 2005, 61st Venice International Film Festival, September 2004 (Italy), 48th San Francisco International Film Festival, 2005 (USA). Filem tersebut turut dicalonkan pada Festival Filem Malaysia ke-18, 2005 dan memenangi anugerah Pengarah Terbaik (Saw Teong Hin), Lakon Layar Terbaik (Mamat Khalid & Saw Teong Hin), Skor Muzik Terbaik (M. Nasir & Tan Yan Wei), Penataan Seni Terbaik dan Anugerah Khas Juri bagi "Filem inovatif & berinspirasi".

Pelakon utama, Tiara Jacquelina turut memenangi Pelakon Wanita Terbaik dalam Festival Filem Asia Pasifik ke-50 di Kuala Lumpur pada tahun 2005.

Anugerah-anugerah yang diperolehi:

AnugerahKategoriPenerimaMenang/Pencalonan
Festival Filem Malaysia ke-18Filem TerbaikKeseluruhan FilemDicalonkan
Pengarah TerbaikSaw Teong HinMenang
Pelakon Lelaki TerbaikM. NasirDicalonkan
Adlin Aman RamliDicalonkan
Pelakon Wanita TerbaikTiara JacquelinaDicalonkan
Lakon Layar TerbaikMamat Khalid & Saw Teong HinMenang
Cerita Asal TerbaikMamat KhalidDicalonkan
Skor Muzik Asal TerbaikM. Nasir & Yan WeiMenang
Pelakon Pembantu Lelaki TerbaikDato' Haji Rahim RazaliDicalonkan
Penataan Seni TerbaikHanizar IsninMenang
Anugerah Khas JuriFilem inovatif & berinspirasiMenang
Festival Filem Asia Pasifik ke-50, 2005 (Kuala Lumpur)Pelakon Wanita TerbaikTiara JacquelinaMenang
Anugerah Era 2005Pilihan Kaki Wayang ERATiara JacquelinaDicalonkan