Trivia Puteri_Gunung_Ledang_(filem)

  • Sedutan filem ini telah ditayangkan buat pertama kali di Festival Filem Malaysia ke-16 pada April 2003 yang turut disiarkan secara langsung ke seluruh negara melalui RTM1.
  • Sepanjang 9 bulan tempoh keseluruhan penggambaran yang bermula pada Januari 2003, jumlah hari penggambaran yang dilakukan di lokasi adalah selama 94 hari sahaja. Pembikinan filem ini juga terganggu oleh faktor cuaca.
  • Watak Tun Mamat dan Sultan Mahmud masing-masing pada mulanya ditawarkan kepada Rosyam Nor dan Azri Iskandar.
  • Filem pertama yang dihantar oleh pihak kerajaan Malaysia bagi menyertai Anugerah Akademi.
  • Filem ini merupakan filem paling mahal di Malaysia buat masa ini dan pementasan muzikal telah dilakukan bermula Februari 2006.
  • Terdapat satu kesilapan fakta yang nyata yang tidak sepatutnya dalam pembikinan filem ini, di mana ada adegan yang dibuat di celah-celah pohon kelapa sawit. Penanaman kelapa sawit hanya diperkenalkan di Malaysia pada abad ke-20, dan sudah pastinya belum wujud di Tanah Melayu pada abad ke-15.