Pengangkutan Putrajaya

Elemen utama dalam pembentukan Putrajaya adalah untuk menyediakan sistem pengangkutan yang lebih berkesan dengan menggunakan rekaan dan teknologi terkini. Objektif kepada strategi-pengangkutan ini adalah :

  • untuk menyediakan penjagaan sekeliling yang baik iaitu bebas dari pencemaran bunyi dan udara
  • untuk memaksimakan penggunaan pengangkutan “bebas-pencemaran” untuk menyediakan hirarki jaringan jalan raya yang baik dan sistemetik sesuai dengan keadaan pada masa hadapan.
  • untuk memberi keutamaan kepada penggunaan pengangkutan awam dan sekaligus mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian.
  • untuk mempromosikan konsep “Park-and-ride” dan menggalakkan pemandu untuk meletakkan kenderaan mereka di kawasan-kawasan tertentu dan menggunakan pengangkutan awam yang disediakan ke kawasan yang hendak dituju.

Sistem pengangkutan

Sistem pengangkutan Putrajaya berkembang dengan adanya bas-bas pengantaraan dan LRT serta jaringan lebuh raya. Strategi pembentukan lebuh raya Putrajaya adalah :

  • Jaringan jalan raya antara Putrajaya dengan kawasan-kawasan utama seperti Kuala Lumpur yang lebih berkesan dan lebih praktikal.
  • Direka sesuai dengan perubahan dan kemungkinan yang bakal dihadapi pada masa hadapan (Cth : pembesaran jalan)
  • Sesuai dengan polisi untuk mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian di dalam presint-presint dan secara tidak langsung menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

Lebuh raya berhubungan

Putrajaya dikelilingi lingkaran lebuhraya yang terdiri daripada penyambungan pusat Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE). Lebuh raya dan jalan utama berdekatan termasuk:

Expressway Lingkaran Tengah Sdn Bhd dipertanggungjawabkan untuk mereka bentuk, membina, perlaksanaan, penjagaan dan pentadbiran Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dan Lebuhraya KLIA. ELITE yang sepanjang 54km bermula dari Persimpangan Shah Alam berhampiran Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), menuju selatan ke KLIA and terus ke Timur dan bersambung dengan ELITE di Persimpangan Nilai. ELITE sedang berada dalam fasa terakhir untuk berurusan dengan pihak kerajaan bagi mereka bentuk jalan ke Putrajaya. Ini akan menjadi jalan dua hala berkembar sepanjang 8.8km yang membawa terus ke Putrajaya dan Cyberjaya yang terletak dalam MSC.