Ahli-ahli Q-Face

Kumpulan Q-Face merupakan satu kumpulan penyanyi baru di bawah naungan pengurusan Musicmedia Sdn Bhd yang beroperasi di Batu Pahat, Johor. Kumpulan Q-Face dianggotai oleh 5 orang remaja lelaki. Ke semua anggota Q-Face ini masih bersekolah di dalam tingkatan 3 dan tingkatan 5 ketika mula ditubuhkan.

Anggota ahli asal Kumpulan Q-FaceĀ :-

  1. (Fairuz) Mohd Fairuz bin Selamat. Bekas penyanyi
  2. Angah (gitar utama),
  3. Noh (gitar kedua),
  4. Azan (bass)
  5. Qimie (drum)

Kumpulan Q-Face mempertaruhkan konsep pop rock dan komersil menerusi album pertama yang memuatkan 10 lagu ciptaan Hairul Anuar Harun, Saat Talib, Siso, Eddie Marzuki, Jari, Afiq Syahmi, Izman, Annuar Razak dan Osman Rawa. Lagu seperti Izinkanlah, Dewanaku dan Kenangan juga dijangka mampu menarik perhatian ramai.

Kumpulan Q-Face kini berehat sebentar disebabkan anggotanya yang sibuk. Azan kini di UITM, Segamat untuk menyambung pelajaran dalam bidang perakaunan. Angah sedang belajar di Maktab Perguruan. Qimie dan Noh sedang menunggu keputusan SPM. Manakala penyanyi Fairuz telah berpisah bersama kumpulan Antz dan sedang menuntut di Universiti Malaya. Penyanyi baru pula iaitu Zaini dengan Nuar kini berada di dalam kumpulan Q-Dreams.

Bagi Pihak Pengurus Q-Face iaitu Abang Zubairi ingin merakamkan ucapan terima kasih atas sokongan anda dengan Q-face, Untuk peminat boleh hubungi Q-Face (SMS) di talian 013-770 3715.Q-Face = Noh, Azan, Qimie dan Angah masih kekal).