Sejarah QBasic

QBasic dicadangkan sebagai menggantikan GW-BASIC. Version 1.0 diedar bersama MS-DOS 5.0 dan berikutnya, termasuk Windows 95, Windows NT 3.x, dan Windows NT 4.0. IBM menkompil semula QBasic dan memasukkannya kedalam PCDOS 5.x, dan juga OS/2 2.0 berikutnya. eComStation, hasil dari kod OS/2, disertakan bersama QBasic 1.0. QBasic 1.1 disertakan bersama dengan MS-DOS 6.x, dan, tanpa EDIT, dalam Windows 95, dan Windows 98. Bermula dengan Windows 2000, Microsoft tidak lagi menyertakan QBasic bersama sistem pengoperasian mereka.

Ia diasaskan pada kompiler 4.5 QuickBASIC lebih awal tetapi tanpa kompiler QuickBASIC dan penyambung unsur (linker elements). Sehingga MS-DOS 7, penyunting MS-DOS memerlukan QBasic. Aturcara "edit.com" hanya memulakan QBasic dalam mod sunting sahaja.

Sungguhpun QBasic (bersama dengan Penyunting MS-DOS dalaman) mula diperkenalkan sebagai sebahagian dari Paket MS-DOS 5.0, ia tidak bergantung khusus kepada MS-DOS 5.0 untuk dilaksanakan. QBASIC (dan Penyunting) boleh digunakan bersama versi DOS sebelumnya, sehingga sekurang-kurangnya versi 3.20. Tetapi, ingatan mencukupi dan CPU yang agak pantas masih diperlukan, sekiranya tidak aturcara dilaksanakan dengan amat perlahan.

Pada masanya, QBasic memberikan IDE terkini (state-of-the-art) termasuk debugger dengan ciri-ciri seperti penilaian secara langsung (on-the-fly) dan penukaran kod yang masih luar biasa lebih sepuluh tahun berikutnya.

QBasic boleh dilaksanakan secara tempatan dengan menggunakan hampir kesemua versi DOS dan Windows, dan dengan menggunakan emulator DOSBox percuma, ia dapat dilaksanakan pada pelantar seperti Linux dan FreeBSD.

QBasic disertakan bersama dengan beberapa aturcara contoh siap tulis. Ia termasuk permainan komputer Nibbles (variasi [[permainan video Snake), permainan komputer Gorillas, permainan melontar pisang meletup dihasilkan dari Permainan Artillery pertama kali dihasilkan pada Tektronix 4051 dan kemudiannya HP 2640 HP 2647 dan RemLine, kod GW-BASIC aturcara penghapus nombor baris.