Kegunaan Qigong

Kini, berjuta-juta penduduk China dan seluruh dunia sentiasa mengamalkan qigong sebagai senaman menjaga kesihatan.[perlu rujukan] Qigong dan disiplin-disiplin berkaitan masih dikaitkan dengan seni bela diri dan kaedah meditasi yang diamalkan oleh sami Taoisme dan Buddha, pengamal seni bela diri profesional, dan anak-anak murid mereka. Dahulu agak dirahsiakan, kini amalan-amalan sedemikian semakin berleluasa di China dan seluruh dunia.

Rawatan perubatan qigong diiktiraf sebagai piawaian teknik perubatan di hospital-hospital China semenjak tahun 1989.[perlu rujukan] Qigong juga diterapkan dalam sukatan pelajaran universiti utama di China. Setelah bertahun-tahun dibahaskan, kerajaan China memutuskan agar menguruskan qigong melalui peraturan kerajaan pada tahun 1996 serta menyenaraikan qigong dalam Pelan Kesihatan Kebangsaan.

Qigong membantu pengamalnya melatih pernafasan diafragma, iaitu satu komponen penting dalam gerak balas mengendur yang penting untuk melawan tekanan. Qigong Tao pula menggunakan pernafasan songsang iaitu menyedut ke belakang rongga toraks, bukan diafragma. Pernafasan diafragma secara tidak betul boleh mengakibatkan masalah pembiakan dalam wanita. [5]

Yan Xin (嚴新), seorang pengamal perubatan Barat dan Cina dan juga pengasas Sekolah Qigong Yan Xin Qigong yang popular, berpendapat bahawa qigong harus melepasi ujian kajian saintifik jika hendak diluaskan lagi di dunia moden; jika tidak, maka qigong akan dipandang rendah sebagai "tahyul". Pada pertengahan 1980-an, beliau dan lain-lain memulakan kajian qigong secara sistematik dalam beberapa institusi penyelidikan di China dan Amerika Syarikat, lebih 20 kertas kerja telah diterbitkan [6].

Walaupun masih ditanya-tanya mengenai aspek kerohaniannya, namun Qigong boleh dianggap sebagai gerakan memanaskan badan yang sesuai pada waktu pagi. Ramai pengamal memilih waktu pagi untuk melatih qigong sebagai cara yang sesuai untuk meregangkan badan dan memanaskan metabolisme.

Rujukan

WikiPedia: Qigong http://www.chinesemedicinetimes.com/section.php?xS... http://www1.elsevier.com/cdweb/views/article.htt?j... http://www.literati-tradition.com/qi_gong_origins.... http://bst.sagepub.com/cgi/content/abstract/22/5/4... http://www.sciencedirect.com/science?_ob=ArticleUR... http://www.youtube.com/watch?v=xzIjUR-mHCY&mode=re... http://www.springerlink.com.ezaccess.libraries.psu... http://consensus.nih.gov/1997/1997Acupuncture107ht... http://www.scientificexploration.org/jse/abstracts...