Qigong
Qigong

Qigong

Qigong (atau ch'i kung) ialah beraneka amalan pemupukan tradisional yang melibatkan kaedah mengumpul, mengedar, dan mengusahakan qi atau tenaga dalam badan. Adakalanya, qigong disalah sangka sentiasa melibatkan pergerakan atau kawalan pernafasan. Sebenarnya, penggunaan kaedah khas yang menumpu pada pusat-pusat tenaga tertentu di dalam dan sekitar badan adalah biasa dalam pelbagai bentuk qigong. Qigong diamalkan dengan tujuan menjaga kesihatan, pengantaraan terapeutik, bidang perubatan, jalan kerohanian ataupun komponen seni bela diri Cina.Istilah "qigong" terdiri daripada dua kata: Qi bermaksud udara dalam bahasa Cina, bahkan juga meliputi erti daya hidup, tenaga dinamik ataupun nafas kosmik; Gong pula bermaksud tindakan yang dilakukan dalam sesuatu disiplin atau tahap kemahiran yang tercapai. Oleh itu, qigong adalah tindakan nafas atau tindakan tenaga. Isitlah ini dicipta pada abad ke-20 dan penyebarnya David Ownby berpendapat bahawa istilah ini melambangkan kehendak kebudayaan untuk mengasingkan pemupukan dari unsur tahyul, mensekularkan dan mengekalkan aspek-aspek terpenting dalam amalan tradisional Cina.[1]Bemacam-macam pendangan yang diberi terhadap qigong dari perspektif sains. Kebanyakan pengamal perubatan Barat serta ramai pengamal perubatan Cina tradisional, serta kerajaan Cina, memandang qigong sebagai senaman pernafasan dan gerak-geri yang boleh membawa manfaat dalam bentuk pengurangan tekanan dan senaman. Ada pihak lain yang melihat qigong dari segi metafizik, iaitu mendakwa bahawa qi kosmik boleh diserap ke dalam badan lalu diedarkan melalui saluran yang bergelar jingluo ("meridian"). Tiadanya dasar anatomi atau histologi kukuh yang dapat membuktikan kewujudan titik akupunktur ataupun meridian.[2][3]

Rujukan

WikiPedia: Qigong http://www.chinesemedicinetimes.com/section.php?xS... http://www1.elsevier.com/cdweb/views/article.htt?j... http://www.literati-tradition.com/qi_gong_origins.... http://bst.sagepub.com/cgi/content/abstract/22/5/4... http://www.sciencedirect.com/science?_ob=ArticleUR... http://www.youtube.com/watch?v=xzIjUR-mHCY&mode=re... http://www.springerlink.com.ezaccess.libraries.psu... http://consensus.nih.gov/1997/1997Acupuncture107ht... http://www.scientificexploration.org/jse/abstracts...