Sejarah Qigong

Walaupun qigong berakar-umbi ribuan tahun lalu, namun seorang cendekiawan dari Montreal yang bernama David Ownby memahami qigong sebagai perkembangan China pasca pemerintahan Mao Zedong, iaitu setelah berakhirnya Revolusi Kebudayaan di China timbulnya pengakuan tersirat bahawa fahaman Marxisme tidak berguna lagi, apatah lagi "negara totalitarian" yang mendewakan pemimpin parti, oleh itu tercetusnya "krisis kerohanian." Oleh sebab agama-agama utama dikecam dan diharamkan ketika Revolusi Kebudayaan dilaksanakan, ramai rakyat Cina tidak merasai lagi tarikan yang pernah dirasai mereka.[4] Qigong dikatakan berubah dalam konteks bersejarah ini, sebagai suatu “cabang perubatan Cina yang bersifat rohani dan sedikit mistik.” Ownby menerangkan yang seumpamanya mengenai sejarah qigong do China. Qigong dipupuk di China pasca-Mao untuk tujuan amali dan juga ideologi, dan pada masa itulah kepentingannya mencapai tahap "luar jangkaan."[1] Dari segi amali, diharapkan agar qigong boleh meningkatkan lagi kesihatan orang ramai, sekaligus mengurangkan perbelanjaan perubatan kerajaan. Dari segi ideologi pula, Ownby berhujah bahawa ramai pihak dalam kerajaan Komunis "agak tertarik" dengan pemahaman qigong sebagai sejenis "sains Cina", iaitu sebahagian "nasionalisme baru, perakuan kebesaran kebudayaan dan status kuasa terbesar yang agak cauvinis" oleh Republik Rakyat China.[1] Qigong tidak dilihat oleh pihak berkuasa mahupun pengamal sebagai berunsur keagamaan, oleh itu tersebar lagi amalan ini. Lama-kelamaan, wujudnya Persatuan Penyelidikan Saintifik Qigong China yang ditadbir kerajaan, bertujuan mendaftar kumpulan pengamal qigong serta menjalankan kajian "saintifik."[4] Ketika persatuan ini ditubuhkan, sudah terdapat 2000 buah pertubuhan qigong serta kira-kira 60 dan 200 juta pengamal di seluruh China.[1]

Rujukan

WikiPedia: Qigong http://www.chinesemedicinetimes.com/section.php?xS... http://www1.elsevier.com/cdweb/views/article.htt?j... http://www.literati-tradition.com/qi_gong_origins.... http://bst.sagepub.com/cgi/content/abstract/22/5/4... http://www.sciencedirect.com/science?_ob=ArticleUR... http://www.youtube.com/watch?v=xzIjUR-mHCY&mode=re... http://www.springerlink.com.ezaccess.libraries.psu... http://consensus.nih.gov/1997/1997Acupuncture107ht... http://www.scientificexploration.org/jse/abstracts...