Qin_Shi_Huang
Qin_Shi_Huang

Qin_Shi_Huang

Raja yang kini dikenali sebagai Shi Huang Di (Bahasa Cina: 秦始皇; pinyin: Qín Shǐ Huáng) atau Shi Huang Di (259 SM10 September 210 SM),[1] nama peribadi Yíng Zhèng, ialah raja Negera Qin dari 247 SM hingga 221 SM (secara rasminya masih di bawah naungan Dinasti Zhou), dan kemudiannya maharaja pertama China yang disatukan mulai 221 SM hingga 210 SM, yang memerintah dengan gelaran Maharaja Pertama (Bahasa Cina: 始皇帝; pinyin: Shǐ Huáng Dì). Sebagai pemerintah Qin Besar, baginda dikenali kerana memperkenalkan Legalisme dan juga menyatukan China.Qin Shi Huang kekal sebagai tokoh yang penuh kontroversi dalam sejarah China. Setelah menyatukan China, baginda serta ketua penasihat baginda Li Si meluluskan beberapa pembaharuan besar yang bertujuan mengeratkan perpaduan, maka mereka menjalankan beberapa projek gergasi, terutamanya versi pelopor bagi Tembok Besar China masa kini, iaitu sebuah makam bersaiz kota yang dijaga oleh patung-patung Tentera Terracotta yang bersaiz manusia, dan sebuah sistem jalanraya kebangsaan besar-besaran, yang mengorbankan ramai nyawa manusia. Untuk memastikan kestabilan, baginda mengharamkan Konfusianisme dan mengebumikan ramai pengikut ajaran itu hidup-hidup, mengharamkan dan membakar semua buku selain yang didekrikan secara rasmi.Sungguhpun pemerintahan autokratik baginda yang begitu zalim, namun Qin Shi Huang masih dianggap oleh ramai pada masa kini sebagai seorang tokoh penting dalam sejarah China kerana penyatuan China telah bertahan selama lebih 2,000 tahun.

Berkaitan