Sejarah Queen_&_Elizabeth

Sebagai watak fiksyen dalam Kamen Rider Double, Queen (Itano) dan Elizabeth (Kasai) muncul pertama kalinya dalam episod 7 siri televisyen, bertindak sebagai pemberi maklumat kepada watak-watak utama Shotaro Hidari (Renn Kiriyama) dan Philip (Masaki Suda) semasa mereka menyiasat jenayah melibatkan persekitaran sekolah tinggi. Pada Januari 2010, adalah diumumkan bahawa mereka akan melancarkan satu lagu asal untuk siri televisyen tersebut berjudul "Love♡Wars".[1] Video muzik bagi lagu tersebut dirakamkan sejurus selepas ia dilancarkan.[2]

Dalam episod 23 siri televisyen, watak-watak Queen dan Elizabeth menyertai pertandingan seakan Pop Idol iaitu "Fuuuuuutic Idol" di mana mereka mempersembahkan lagu "Love♡Wars" kepada penonton untuk memperoleh kontrak rakaman. Semasa mereka disingkirkan dan keputusan memihak kepada seorang peserta yang jauh lebih sumbang iaitu Jimmy Nakata, mereka berjumpa dengan Shotaro untuk menyiasat kenapa mereka kalah, dengan mendapati bahawa Radio Tower Clown yang dikhabarkan itu adalah dalangnya. Setelah kes ditutup, Queen dan Elizabeth berjaya memperoleh kontrak rakaman setelah muncul sekali lagi dalam Fuuuuuutic Idol. Pada masa yang sama, Kasai dan Itano (melalui watak masing-masing) mula mengacarakan satu rancangan radio Internet berkaitan dengan Double untuk stesen radio fiksyen Wind Wave berjudul Queen & Elizabeth's White Heart Mark (QueenとElizabethの白抜きハートマーク!, Kuīn to Erisabesu no Shironuki Hāto Māku).[3]

Single mereka "Love♡Wars" dilancarkan pada 31 Mac 2010,[4] dalam empat varian berbeza: single CD standard tanpa runut bonus, single CD+DVD menampilkan runut nyanyian solo oleh Itano sebagai runut bonus, single CD+DVD menampilkan runut nyanyian solo oleh Kasai sebagai runut bonus, serta single CD+DVD yang mengandungi lagu yang telah "menewaskan" Queen & Elizabeth dalam siri televisyen. Sementara setiap versi berbeza CD mempunyai kulit tersendiri, kulit varian kelima wujud bagi keluaran CD+DVD standard. DVD yang ditampilkan dalam setiap keluaran turut mengandungi vidoe muzik di samping dokumentari proses pembikinan video muzik.