Queensbay_Mall
Queensbay_Mall

Queensbay_Mall

Queensbay Mall merupakan sebuah pusat beli-belah dibina di Bayan Lepas, Pulau Pinang, Malaysia. Queensbay Mall terletak di tengah kawasan maju Queensbay yang dahulunya dikenali sebagai Bayan Bay sebelum tergendala ketika Krisis kewangan Asia. Pada masa itu, pusat beli-belah ini bernama Bayan World Megamall. Kini, Queensbay Mall merupakan pusat beli-belah terbesar di bahagian utara Malaysia. Queensbay Mall dibuka pada 1 Disember 2006 sungguhpun diselubungi khabar angin penjalanan kerja-kerja kurang bermutu agar sempat dibuka menjelang perayaan Krismas. Di sinilah penglibatan kedua rangkaian gedung serbaneka ÆON di bahagian utara selepas Kinta City di Ipoh.Queensbay Mall mempunyai 5 tingkat kedai runcit dan 8 tingkat ke atas letak kereta, ÆON sebagai pegnhuni utama, 17 penghuni utama junior dan lebih 500 peruncit lain. Menjadikan Bayan Lepas baru di sini.