Peraturan Quidditch

Rencana utama: Peraturan Quidditch

Quidditch dimainkan di padang berbentuk lonjong dan mempmunyai tiga gelung gol di setiap dua hujung. Pasukan yang memperoleh paling banyak mata akan menang. Terdapat tujuh pemain dalam pasukan: satu Penjaga (Keeper), dua Pemukul (Beaters), tiga Pengejar (Chasers), dan satu Pencari (Seeker). Mereka pula memainkan empat jenis bola iaitu sebiji Quaffle, dua biji Bludger dan sebiji Snitch, yang memberikan nama kepada permainan tersebut: Quidditch (Quidditch, Bludger, Bludger, Snitch).

Quaffle tidak berapa penting dan lebih kurang sama dengan bola dalam permainan Muggle, walaupun telah dijampi supaya menjadi perlahan apabila jatuh dan lebih mudah dipegang. Pengejar yang menguruskannya dengan cuba membalingnya ke dalam salah satu gelung pihak lawan dan beroleh sepuluh mata. Penjaga menjaga gegelung dari dimasukinya. Dua bola besi berat yang dipanggil Bludger berterbangan dan Pemukul menggunakan bet untuk mempertahankan pasukannya atau untuk memukulnya ke arah pihak lawan. Akhir sekali, bola kecil bersayap iaitu Snitch Emas yang terbang laju dan tinggi. Pencari ditugaskan untuk mencari dan mendapatkannya. Dengan melakukannya, pasukannya akan memperoleh 150 mata dan permainan tamat, dan lazimnya pihak yang memperoleh Snitch memenangi perlawanan. Pemain masih boleh menangkap Snitch dan kalah jika pasukan lawan sudahpun mengungguli permainan dengan melebih 150 mata dari pasukan yang menangkapnya.