Geografi Quito

Quito terletak lebih kurang 15 batu (25 km) di selatan khatulistiwa. Sebuah tugu yang menandakan khatulistiwa itu dikenali oleh orang tempatan sebagai la mitad del mundo (pusat dunia).

Disebabkan ketinggian dan lokasinya, iklim Quito sederhana hingga dingin dan adalah lebih kurang tekal pada sepanjang tahun. Suhu tinggi Quito biasanya di sekitar 67°F (20°C) pada mana-mana satu hari, dan suhu rendahnya lebih kurang 49°F (10°C) pada waktu malam. Bandar raya ini mengalami hanya dua musim: musim panas (musim kering) dan musim sejuk (musim hujan).

Quito ialah bandar raya yang mempunyai jumlah penduduk yang kedua terbanyak di Ecuador, iaitu selepas Guayaquil.