R.S.C._Anderlecht
R.S.C._Anderlecht

R.S.C._Anderlecht

Royal Sporting Club Anderlecht, ataupun dikenali sebagai Anderlecht (Sebutan Belanda: [ˈɑndərˌlɛçt], Sebutan bahasa Perancis: [ɑ̃dəʁˈlɛkt], bahasa Jerman: [ˈandɐˌlɛçt]) atau RSCA (Sebutan Belanda: [ˌɛrɛseˈjaː], Sebutan bahasa Perancis: [ˌɛʁ ɛs se ˈɑ], bahasa Jerman: [ˌʔɛɐ̯ ʔɛs tseː ˈʔaː]), merupakan kelab bola sepak Belgium yang berpangkalan di Anderlecht. Kelab ini bermain di Liga Pro Belgium dan menjadi kelab berjaya Belgium di Eropah dengan memenangi kejohanan Eropah (dengan 3 trofi) dan Liga Pro Belgium (33 kali). Anderlecht juga memenangi 9 kali Piala Belgium. Kelab ini telah diasaskan pada 1908, dengan bermain di peringkat tertinggi Belgium, Divisyen Pertama Belgium pada musim 1921-22. Anderlecht memenangi trofi liga itu selepas Perang Dunia Kedua. Anderlecht berkedudukan ke-41 dalam kedudukan kelab UEFA pada tahun 2012.[3] Pada 1986, Anderlecht kedudukan nombor pertama dalam UEFA bersama Juventus[4]Anderlecht bermain di Astrid Park di Anderlecht sejak 1917. Stadium terkini, Stadium Constant Vanden Stock telah dibuka pada tahun 1983 dan menggantikan stadium lama, Stadium Emile Versé.