Rabiulawal

Takwim Islam
Bulan Rabiul Awal merupakan bulan ketiga dalam Takwim Hijrah.Bulan ini membawa satu peristiwa besar yang menjadi ingatan kepada seluruh umat manusia. Nabi junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam) telah diputerakan pada bulan ini iaitu pada 12 Rabiul Awal. Pelbagai acara sambutan Maulidur Rasul diadakan bagi memuliakan hari keputeraan junjungan kita ini.