Rachael_Grinham

Rachael Grinham (lahir 22 Januari 1977 di Toowoomba, Queensland) ialah seorang pemain skuasy profesional dari Australia. Dia memenangi Terbuka British pada tahun 2003 dan 2004. Disamping dia juga merupakan naib juara Terbuka Dunia pada tahun 2005. Dia menduduki ranking No. 1 dunia pada tahun 2004.Adik Rachael, Natalie Grinham juga seorang pemain skuasy yang handal dan terkemuka. Semasa Sukan Komanwel 2006, Rachael memenangi pingat perak dalam acara perseorangan wanita selepas tumpas kepada adiknya Natalie di peringkat akhir. Pasangan adik-beradik itu kemudiannya berpasangan untuk memenangi pingat emas dalam acara berpasangan wanita.