Rachel_McAdams
Rachel_McAdams

Rachel_McAdams

Rachel Anne McAdams (lahir November 17, 1978) ialah seorang pelakon Kanada. Selepas menamatkan pengajian program teater selama empat tahun di Universiti York pada tahun 2001, beliau pada awalnya bekerja dalam produksi filem dan televisyen Kanada seperti filem Perfect Pie (2002), My Name Is Tanino (2002) dan siri mini komedi Slings and Arrows. Pada tahun 2002, beliau membuat penampilan filem Hollywood pertama dalam filem komedi The Hot Chick. McAdams mula terkenal pada tahun 2004, muncul dalam Mean Girls dan The Notebook. Pada tahun 2005, beliau membintangi Wedding Crashers, Red Eye dan The Family Stone. Selepas rehat selama dua tahun, McAdams muncul dalam dua filem dengan tayangan terhad pada tahun 2008; Married Life dan The Lucky Ones. Beliau kembali terkenal pada tahun 2009 dengan muncul dalam State of Play, The Time Traveler's Wife dan Sherlock Holmes. Pada tahun 2010, McAdams muncul dalam Morning Glory. Pada tahun 2011, beliau membintangi Midnight in Paris dan menyambung wataknya dalam Sherlock Holmes: A Game of Shadows. Beliau kemudiannya membintangi The Vow (2012) dan About Time. Pada tahun 2015, beliau muncul dalam Aloha dan Southpaw. McAdams membintangi sebagai Detektif Ani Bezzerides dalam musim kedua True Detective.

Rachel_McAdams

Pekerjaan Pelakon
Tahun aktif 2001–sekarang
Kelahiran Rachel Anne McAdams
(1978-11-17) 17 November 1978 (umur 41)
London, Ontario, Kanada
Pusat pendidikan Universiti York
Kediaman Toronto, Ontario

Rujukan

WikiPedia: Rachel_McAdams http://www.cbc.ca/news/arts/film/story/2010/09/03/... http://www.ctv.ca/servlet/ArticleNews/story/CTVNew... http://www.ctvnews.ca/entertainment/rachel-mcadams... http://movies.about.com/od/thenotebook/a/notebkrm0... http://movies.about.com/od/thenotebook/a/notebkrm0... http://www.accesshollywood.com/rachel-mcadams-talk... http://www.accessmylibrary.com/article-1G1-9785328... http://www.altfg.com/blog/movie/rachel-mcadams-big... http://chronicle.augusta.com/stories/2005/08/15/mo... http://boxofficemojo.com/movies/?id=hotchick.htm