Racun_serangga
Racun_serangga

Racun_serangga

Racun serangga ialah racun makhluk perosak yang digunakan terhadap serangga. Ia banyak digunakan dalam bidang pertanian, perubatan, industri dan isi rumah. Ia termasuklah racun untuk membunuh telur dan larva seranga. Penggunaan racun serangga dipercayai telah berjaya meningkatkan hasil pertanian dalam abad ke-20.[1]Racun serangga telah lama digunakan walaupun tarikh yang tepat agak sukar ditentukan. Sebelum tahun 1945, kadar penggunaan racun serangga masih rendah tetapi selepas tamatnya Perang Dunia Kedua kadar penggunaan racun serangga mulai meningkat dengan pesatnya. Pada peringkat awal, racun serangga yang digunakan terdiri daripada bahan-bahan kimia yang agak ringkas seperti arsenik, sulfur, nikotin, piretoid, rotenon dan minyak petroleum. Namun selepas 1945, lebih banyak racun serangga daripada sebatian organik mula disentisiskan dan diperkenalkan kepada pengguna. Hampir kesemua racun serangga memiliki potensi untuk mengubah sistem ekologi secara besar; kebanyakannya beracun pada manusia; dan yang lain terkumpul dalam jaringan makanan.

Rujukan

WikiPedia: Racun_serangga //scholar.google.com/scholar?q=%22Racun+serangga%2... //www.google.com/search?&q=%22Racun+serangga%22+si... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Racun... //www.google.com/search?q=%22Racun+serangga%22&tbm... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Racun+seran... http://grounds-mag.com/mag/grounds_maintenance_ins... http://www.insectbuzz.com/ http://www.pestworld.com http://pmep.cce.cornell.edu/profiles/insect-mite/m... http://www.msue.msu.edu/objects/content_revision/d...