Radang_sendi
Radang_sendi

Radang_sendi

Radang sendi atau artritis adalah penyakit radang pada sendi atau tisu sendi yang menunjukkan gejala kesakitan, kekerasan pada sendi dan pembengkakan. Terdapat lebih daripada 100 jenis penyakit artritis. Artritis yang paling kerap dihidapi ialah osteoartritis yang berpunca daripada pemusnahan tisu rawan pada sendi. Antara rawatan untuk osteoartritis adalah penggunaan aspirin dan terapi magnet.Artritis reumatoid lebih kerap dihidapi oleh wanita berbanding lelaki. Artritis gout pula lebih kerap dihidapi oleh lelaki dan berpunca daripada pengumpulan asid urik pada sendi. Artritis gout dapat diwarisi dan diturunkan dalam keluarga. Cara rawatan artritis gout adalah dengan menggunakan kolkisin dan allopurinol.