Kegunaan Radar

Pesawat-pesawat udara dipasangkan dengan alatan radar yang memberikan amaran mengenai pesawat atau halangan lain yang mendatangi laluan mereka serta memberikan maklumat cuaca persekitaran dan bacaan altitud yang tepat.

Radar laut khas digunakan untuk mengukur bearing dan jarak kapal-kapal agar dapat mengemudi, serta mengelakkan perlanggaran daripada berlaku serta menetapkan kedudukan di laut apabila berada dalam jarak persisiran atau tiitk rujukan yang tetap seperti pulau-pulau, apungan dan kapal suar yang berkeliaran. Sistem trafik berasaskan teknologi ini juga digunakan untuk mengawasi dan mengawal pergerakan kapal di perairan yang sibuk seperti dalam pelabuhan besar.

Sistem ini juga digunakan dalam bidang kaji cuaca untuk mengawasi pergerakan kerpasan dan angin setempat, malah menjadi alat yang penting dalam peramalan cuaca jangka pendek serta pemerhatian fenomena cuaca yang dahsyat seperti ribut petir dan salji, puting beliung dan sebagainya.