Radhi_Khalid
Radhi_Khalid

Radhi_Khalid

Muhammad Radhieddeen bin Abd Khalid atau lebih dikenali sebagai Radhi Khalid (lahir 4 Februari 1964) ialah seorang pelakon, pelawak dan personaliti televisyen Malaysia.[1] Memulakan kerjaya lakonan pada usia 22 tahun, beliau muncul dalam siri televisyen pertama, Sophia dan mula mendapat perhatian meluas menerusi watak sebagai pemuda Bangladesh bernama Abdulla dalam Spanar Jaya.[2]Selain peranan lakonan di televisyen, Radhi juga terkenal dengan peranan lakonan dalam filem termasuk Selubung (1991), XX Ray (1992), Pasrah (2000), Soalnya Siapa (2002), Sumolah (2007) dan Jejak Warriors (2015). Beliau juga memegang jawatan sebagai Naib Presiden Persatuan Karyawan Malaysia[3] dan pernah menjadi pensyarah separuh masa Kolej Intec, Shah, Alam, mengajar teater, lakonan dan seni.[4]

Radhi_Khalid

Pekerjaan Pelakon, pelawak, personaliti televisyen
Tahun aktif 1986–kini
Kelahiran Muhammad Radhieddeen bin Abd Khalid
(1964-02-04) 4 Februari 1964 (umur 56)
Bukit Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia
Kediaman Kuala Lumpur

Rujukan

WikiPedia: Radhi_Khalid http://www.budiey.com/teater-dato-seri/ http://www.imdb.com/name/nm1708087/ http://www.karangkraf.com/cmlink/mingguan-wanita/d... http://www.radhikalfilms.com/home.html http://www.radhikalfilms.com/index.html http://says.com/my/entertainment/muzikal-disokong-... http://proquest.umi.com/pqdweb?did=42901498&Fmt=3&... http://www.cinema.com.my/bios/details.aspx?search=... http://www.cinema.com.my/bm/articles/news_details.... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201...