Rafidah_Aziz
Rafidah_Aziz

Rafidah_Aziz

Y.B. Tan Sri Rafidah Aziz (lahir 4 November 1943) ialah bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sejak 20 Mei 1987 hingga 19 Mac 2008 (paling lama berkhidmat sebagai menteri di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia) selepas digugurkan dalam Jemaah kabinet Abdullah Ahmad Badawi 2008, walaupun menang besar di Kuala Kangsar. Penggantinya ialah bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, YB Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Naib Presiden UMNO. Beliau juga ialah bekas Ketua Wanita UMNO dan kemudian digantikan oleh Shahrizat Abdul Jalil.