Rahim_Maarof
Rahim_Maarof

Rahim_Maarof

Rahim Maarof (lahir pada 24 September 1955) merupakan penyanyi rock, pelakon dan ahli muzik yang berpengaruh di Malaysia dan Indonesia. Beliau mendominasi industri muzik pada pertengahan 1980-an hingga akhir 90-an menerusi rangkaian lagu-lagu hits seperti Lizawati, Jangan Kau Rayu, Cinta Kristal, Falsafah Cinta, Usang, Dir dan Istana Menanti malah digelar sebagai antara penyanyi rock terbaik negara dengan gelaran The Godfather of Rock. [perlu rujukan]Antara artis terawal berkolaborasi bersama M. Nasir, Rahim memulakan kariernya menerusi pembabitan secara underground pada era kebangkitan muzik rock di Malaysia pada era 1970an. Beliau seterusnya mengecap populariti setelah membuat persembahan bersama kugirannya sendiri yang dibentuk pada 1985 iaitu Whitesteel setelah tamat kontrak empat album pop bersama Life Records. Kemuncak popularitinya bermula setelah lagu Cinta Kristal meledak di pasaran pada 1988. Kerjaya muzik beliau bertahan selama lebih 30 tahun dengan jualan album keseluruhan menghampiri 500,000 unit [perlu rujukan] serta meninggalkan impak tersendiri kepada industri.