Rainbow_7
Rainbow_7

Rainbow_7

Rainbow 7 (レインボー7 ) ialah album ketujuh dari kumpulan Hello! Project, Morning Musume. Album ini dipasarkan pada 15 Februari 2006 dibawah label zetima dengan dua edisi iaitu edisi biasa dan edisi terhad. Album ini merupakan album pertama bersama generasi ketujuh Morning Musume, Kusumi Koharu.Album ini mengandungi empat buah lagu dari single iaitu The Manpower!!!, Osaka Koi no Uta, Iroppoi Jirettai dan Chokkan 2 ~Nogashita Sakana wa Ookiizo!~(Dalam versi Remix) dan lapan buah lagu baru yang dinyanyikan secara duo, trio dan secara berempat. Sebuah lagu baru Joshi Kashimashi Monogatari 3 (女子かしまし物語3) merupakan lagu sambungan dari Joshi Kashimashi Monogatari dan Joshi Kashimashi Monogatari 2.