Raj_British
Raj_British

Raj_British

Raj British (rāj dalam Hindustan: राज, Urdu: راج‎, disebut: /rɑːdʒ/, harfiahnya "raja"[1]) ialah satu nama yang diberikan bagi tempoh pemerintahan penjajah British di Asia Selatan di antara tahun 1858 hingga 1947;[2] ia juga boleh merujuk kepada pemerintahan itu sendiri dan juga rantau di bawah pemerintahan.[3] Rantau itu, biasanya dipanggil India dalam penggunaan kontemporari, termasuk kawasan-kawasan yang ditadbir terus oleh Britain,[4] serta negeri bangsawan yang diperintah oleh raja-raja individu di bawah keagungan Mahkota British. Selepas tahun 1876, kesatuan politik yang terhasil secara rasmi dipanggil Empayar India dan mengeluarkan pasport di bawah nama itu. Sebagai India, ia adalah ahli pengasas Liga Bangsa, Pertubuhan Bangsa Bersatu, dan ahli dalam Sukan Olimpik Musim Panas pada 1900, 1920, 1928, 1932, dan 1936.Sistem pentadbiran bergabenor telah dimulakan pada tahun 1858 apabila pemerintahan Syarikat Hindia Timur British dipindahkan kepada kemahkotaan Ratu Victoria (dan kemudian pada tahun 1877 diistiharkan sebagai Maharani India). Ia berlangsung sehingga tahun 1947, apabila Empayar India British telah dipecahkan menjadi dua buah negara berdaulat: Kesatuan India (kemudian Republik India) dan Penguasaan Pakistan (kemudian Republik Islam Pakistan, separuh bahagian timur, yang mana kemudian menjadi Republik Rakyat Bangladesh). Wilayah Burma di kawasan timur di Empayar India dijadikan jajahan berasingan pada tahun 1937 dan mendapat kemerdekaan pada tahun 1948.

Raj_British

Status Pemerintahan beraja
Ibu kota Calcutta (1858–1912)
New Delhi (1912–1947)
Shimla (Summer)
• Dibubarkan Dibubarkan
Pemerintahan Monarki
• 1864–1869 Sir John Lawrence
• 1936–1947 George VI
• 1901–1910 Edward VII
• DiwujudkanDiwujudkan 2 Ogos 1858
• 1858–1862 The Viscount Canning
• 1869–1872 Earl Mayo
Bahasa lazim Hindustan, Inggeris dan lain-lain
Wizurai²  
• 1872–1876 Lord Northbrook
• 1858–1901 Victoria¹
Hari ini sebahagian daripada  India
 Pakistan
 Bangladesh
 Myanmar
 Somaliland
 Singapore
 United Arab Emirates
Sejarah  
Maharaja/Maharani India (1876–1947)  
• 1936 Edward VIII
Mata wang Rupee India British
• 1862–1863 Earl Elgin ke-8
• 1910–1936 George V

Rujukan

WikiPedia: Raj_British http://www.houseofdavid.ca/Ind_uni.htm#Bibliograph... http://www.britannica.com/eb/article-47042/India http://www.britishempirehistory.com/pages/3.html http://scholar.google.com/scholar?num=100&hl=en&lr... http://www.hindu.com/nic/0046/pmspeech.htm http://www.imagesofempire.com/ http://encarta.msn.com/encyclopedia_761557562_13/I... http://www.sscnet.ucla.edu/southasia/History/Briti... http://atlantis.terrassl.net/anthempress.com/produ... http://links.jstor.org/sici?sici=0010-4175(199810)...