Raj_Kapoor
Raj_Kapoor

Raj_Kapoor

Ranbir Raj Kapoor (14 Disember 1924 – 2 Jun 1988) merupakan pelakon, penerbit dan pengarah perfileman India yang tersohor.[1] Dilahirkan di Kapoor Haveli, Peshawar merupakan anak kepada pelakon Prithviraj Kapoor.Kapoor dikenali sebagai salah satu pelakon dan pembikin filem terhebat dan berpengaruh dalam sejarah perfileman India.[2] Beliau pernah memenangi beberapa anugerah termasuk tiga Anugerah Filem Kebangsaan dan 11 Anugerah Filmfare diu India. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Filmfare telah dinamakan sempena nama Raj Kapoor. Beliau pernah dicalonkan sebanyak dua kali untuk hadiah utama Palme d'Or di Festival Filem Cannes menerusi filem Awaara (1951) dan Boot Polish (1954). Lakonan beliau dalam Awaara telah diletakkan di tangga pertama dalam sepuluh lakonan terhebat sepanjang masa oleh majalah Time.[3] Filem-filem beliau telah menarik penonton dari seluruh dunia terutamanya di Asia dan Eropah. Beliau digelar Clark Gable industri perfilem India.[4]Kerajaan India telah menganugerahkan Padma Bhushan kepada Kapoor pada tahun 1971 atas sumbangan beliau dalam perfileman India.[5] Pada tahun 1987, Kerajaan India menganugerahkan pula anugerah tertinggi dalam industri perfileman India iaitu Anugerah Dadasaheb Phalke kepada Kapoor.Raj Kapoor telah jatuh pengsan semasa acara sepatutnya beliau menerima Anugerah Dadasaheb Phalke, dan telah dibawa ke All India Institute of Medical Sciences (AIIMS) untuk rawatan. Beliau telah ditahan di hospital kira-kira sebulan sebelum meninggal dunia akibat komplikasi berkaitan asma pada 2 Jun 1988 di usia 63 tahun.[6]Semasa penghujung hayatnya, Raj sedang menyiapkan filem Henna (sebuah filem percintaan Indo-Pakistan). Filem tersebut akhirnya diselesaikan oleh anak-anaknya, Randhir dan Rishi Kapoor, dan ditayangkan pada tahun 1991.

Raj_Kapoor

Pekerjaan Pelakon, penerbit, pengarah
Kerakyatan India
Ibu bapa
Pasangan Krishna Kapoor
Anak Randhir Kapoor
Ritu Nanda
Rima Kapoor Jain
Rishi Kapoor
Rajiv Kapoor
Tahun aktif 1935–1988
Nama lain The Show Man
Meninggal dunia 2 Jun 1988(1988-06-02) (umur 63)
New Delhi, Delhi, India
Warganegara India
Saudara Lihat Keluarga Kapoor
Kelahiran Ranbir Raj Kapoor
(1924-12-14)14 Disember 1924
Kapoor Haveli, Peshawar, NWFP, India British (kini Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan)

Rujukan

WikiPedia: Raj_Kapoor http://www.allmusic.com/artist/p425570/biography http://www.imdb.com/name/nm0004292/ http://movies.rediff.com/column/2010/jun/03/raj-ka... http://www.time.com/time/specials/packages/article... http://hcl.harvard.edu/hfa/films/2012julsep/kapoor... http://aleph.nli.org.il/F/?func=find-b&local_base=... http://mha.nic.in/sites/upload_files/mha/files/LST... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p186685203 http://isni.org/isni/0000000078417210 https://nla.gov.au/anbd.aut-an36587844