Raja_Bendahara_Pahang

Raja Bendahara ialah gelaran yang digunakan oleh Bendahara Kesultanan Johor yang memerintah Pahang sebagai wakil mutlak Sultan Johor.Bendahara Johor pertama yang dianggap sebagai Raja Bendahara Pahang ialah Tun Abdul Majid Ibni Tun Hassan (1777-1802) kerana ketika beliau menjadi Bendahara Johor, tanah Pahang sudah bertukar statusnya daripada tanah pegangan kepada tanah kurnia.Sultan Johor ketika itu, Sultan Mahmud Shah III telah menyerahkan tanah Pahang kepada keluarga Bendahara sebagai warisan turun temurun keluarga mereka. Baginda bertindak begitu untuk memujuk keluarga Bendahara yang terpaksa berkongsi kuasa dengan keluarga Bugis sejak tahun 1722.Itu bermakna Kesultanan Johor tidak lagi memiliki kuasa ke atas tanah Pahang tetapi Bendahara Pahang perlu 'menyembah' ke Johor sebagai tanda bernaung di bawah Johor.Gelaran Raja Bendahara Pahang ditinggalkan apabila Bendahara Tun Ahmad yang memerintah selepas menang dalam Perang Bendahara Pahang memakai gelaran Sultan pada tahun 1882.Pahang secara rasminya memisahkan diri daripada Kesultanan Johor dan pewarisnya Kesultanan Lingga-Riau pada tahun tersebut walaupun pada praktiknya Pahang sudah tidak lagi bernaung kepada mana-mana kerajaan sejak tahun 1824.