Raja_Kamarul_Bahrin_Shah_Raja_Ahmad

YBM Senator Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ir. Dr. Haji Sir Ahmad (lahir 14 Januari 1956) adalah Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, ahli politik dari Terengganu dengan latarbelakang selaku pakar jurubina/arkitek terkenal di Terengganu, Malaysia. Beliau merupakan Pengerusi Parti Amanah Negara Negeri Terengganu. Parti Amanah Negara diwujudkan pada tahun 2015 selepas mengambil alih Parti Pekerja Pekerja Malaysia. Raja Kamarul Bahrin pernah dilantik sebagai Pengerusi Persatuan Perhotelan (MAH) dan salah seorang Ahli Badan Warisan Malaysia. Beliau adalah pengerusi kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Angkatan Amanah Merdeka yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau dilahirkan pada 14 Januari 1955 di Istana Maziah, Kuala Terengganu.Beliau dengan rasminya disenarai sebagai calon parti berkenaan di Parlimen Kuala Terengganu pada 9 April 2013 iaitu pilihan raya umum Malaysia ke-13. Menurut pelbagai sumber, setelah dilamar oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Pesuruhjaya Parti Islam SeMalaysia (PAS) beliau bersetuju untuk menyertai parti tersebut diatas perkenan bonda beliau.Beliau popular dikenali sebagai jurubina yang menghasilkan Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih dikenali sebagai Masjid Terapung, Muzium Negeri Terengganu (Muzium yang diiktiraf sebagai mbantara Muzium terbesar di Asia), Istana Melawati(Putrajaya) dan beberapa lagi yang lain. Sekitar tahun 1990-an dikaitkan di Malaysia apabila membawa pulang anaknya dari Australia dengan bot, juga mengenai kejadian keruntuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang direka oleh Syarikat beliau Senibahri Arkitek.[1]Pada 21 Ogos 2015, beliau telah diisytihar sebagai Pengerusi Gerakan Harapan Baharu Terengganu. Beliau berkata bahawa beliau menerima tawaran menerajui Harapan Baharu di Terengganu kerana yakin dengan masa depan gerakan berkenaan. [2]

Raja_Kamarul_Bahrin_Shah_Raja_Ahmad

Raja Al-Sultan Abdullah
Lahir Raja Kamar ul-Bahrin Shah bin Raja Ahmad
(1955-01-14) 14 Januari 1955 (umur 65)
Istana Maziah, Kuala Terengganu, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Pekerjaan Ahli politik
Menteri Zuraida Kamaruddin
Didahului oleh Razali Ismail (UMNO-BN)
Alma mater Universiti Melbourne
Pasangan Jacqueline Pascarl (cerai)
To' Puan Norilah Salleh
Noryn Aziz
Digantikan oleh Ahmad Amzad bin Mohamed Hashim (PAS-GS)
Anugerah Senarai
Kewarganegaraan Malaysia
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia (PAS) (2013-2015)
Parti Amanah Negara (Amanah) (2015-kini)
Profesion Arkitek

Rujukan

WikiPedia: Raja_Kamarul_Bahrin_Shah_Raja_Ahmad http://www.malaysia-chronicle.com/index.php/index.... http://www.malaysiakini.com/news/226277 http://www.malaysiakini.com/news/226345 http://alamakademik.wordpress.com/2009/06/05/raja-... http://undi.info/# http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&d... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&d... http://www.sinarharian.com.my/nasional/raja-bahrin... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt... http://resultpru13.spr.gov.my/module/keputusan/pap...