Raja_Muda_Perak
Raja_Muda_Perak

Raja_Muda_Perak

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak ialah jawatan diraja Negeri Perak, Malaysia.Menurut hirarki kerabat diraja negeri Perak, kedudukan raja muda kedua tertinggi selepas Sultan Perak. Sistem beraja di Perak tidak dilantik mengikut nasab keturunan. Raja Muda Perak akan menjadi Sultan Perak apabila sultan meninggal dunia atau nazak. Putera sulung sultan yang mangkat tidak semestinya menjadi Raja Muda Perak, sebaliknya menjadi Raja Kechil Bongsu, Raja Kechil Tengah, Raja Kechil Sulong, Raja Kechil Besar atau Raja Di-Hilir Perak.