Raja berperlembagaan (
Tulisan Jawi: راج ڤرلمباݢاءن)adalah sejenis kerajaan yang ditubuhkan di bawah
sistem berperlembagaan yang mengiktiraf
Raja sebagai ketua negara.
[1]. Raja berperlembagaan yang moden biasanya menggunakan konsep
trias politica, atau politik tiga serangkai. Ini bermaksud Raja adalah hanya ketua simbolik di dalam rangkai
eksekutif dan kuasanya adalah terhad oleh
perlembagaan negara. Apabila seorang Raja mempunyai kuasa pemerintahan yang penuh ia dipanggil
monarki mutlak atau absolute monarchy.Pada hari ini, raja berperlembagaan lazimnya digabungkan dengan perwakilan
demokrasi. Oleh itu, kerajaan masih dibawah kuasa rakyat tetapi raja mempunyai peranan tradisional di dalam sesebuah negara. Pada hakikatnya
Perdana Menteri, iaitu pemimpin yang dipilih oleh rakyat, yang memerintah negara dan bukannya Raja. Namun demikian, terdapat juga Raja yang bergabung dengan kerajaan yang tidak demokratik. Misalnya, sewaktu
Perang Dunia II, raja Jepun bergabung dengan
kerajaan tentera yang dipimpin seorang
diktator.Sesetengah Raja berperlembagaan adalah berlandaskan Sistem Perwarisan atau mewarisi takhta; manakala yang lain, adalah melalui sistem demokratik seperti di
Malaysia di mana
Yang di-Pertuan Agong adalah dipilih oleh
Majlis Raja-Raja setiap lima tahun.