Rajkummar_Rao
Rajkummar_Rao

Rajkummar_Rao

Rajkummar Rao[1] (lahir 31 Ogos 1984) ialah seorang pelakon lelaki India yang muncul dalam filem-filem Hindi. Beliau berasal dari kasta Rao asal Haryana. Beliau mula berlakon menerusi filem eksperimental 2010 Love Sex aur Dhokha dan menerima pengiktirafan 2013 dengan filem drama Kai Po Che!, di mana ia beliau dicalonkan di Anugerah Filmfare untuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik. Beliau dianugerahkan Anugerah Filem Kebangsaan untuk Pelakon Lelaki Terbaik dan Anugerah Pengkritik Filmfare untuk Pelakon Lelaki Terbaik untuk wataknya sebagai Shahid Azmi dalam filem biografi 2013 Shahid.[2] Pada tahun 2014, Rao memegang watak utama dalam filem pecah panggung Queen.[3]