Etimologi Rama

Nama Rama sering disebut dalam kitab-kitab suci Hinduisme. Selain nama protagonis dalam Ramayana, terdapat dua lagi Rama yang popular iaitu Parashu-Rama (Avatar keenam Maha Vishnu) dan Balarama (abang Sri Krishna, Avatar kelapan Maha Vishnu).

Dalam Vishnu Sahasranama, nama Rama ialah nama ke-394 Maha Vishnu. Dalam ulasan Sankaracharya memberikan dua maksud untuk nama 'Rama', iaitu 'Brahman yang sentiasa bahagia menjadi kegembiraan para Yogi', dan 'Brahman dengan niat-Nya sendiri lahir dalam rupa yang memikat hati sebagai putera Dasaratha'.[2]

Kehebatan nama Rama disebut dalam Ramacharitamanasa oleh Tulasidas. Nama Rama disamakan dengan Brahman dan juga ia adalah sebuah mantera yang amat berkuasa. Selain mengulangi nama Rama, penulisan 'Sri Rama Jayam' ialah suatu disiplin rohani dalam kalangan penganut Hindu, terutamanya di India Selatan.

Dalam bahasa Sanskrit, perkataan Rama (राम) bermaksud 'menawan'. Oleh itu, nama Rama juga ialah nama lelaki yang paling popular di India dan Nepal.

Antara nama-nama popular Sri Rama ialah:

  • Ramachandra - Rama dari keturunan Chandra atau bulan
  • Raghava - Berasal dari keturunan Raghu
  • Raghupati - Raja dari keturunan Raghu
  • Siyaavara - Kakanda Sita
  • Ayodhyapati - Raja Ayodhya
  • Dashrathaputra - Putera Dasharatha
  • Maryada-Purushottama - Manusia yang ideal

Berkaitan