Rama
Rama

Rama

Rama (/ˈrɑːmə/;[1] Sanskrit: राम Rāma) or Ramachandra ialah avatar ketujuh Tuhan Vishnu dalam Hinduisme. [1] Rama merupakan Avatar Vishnu yang paling berpengaruh selepas Sri Krishna. Rama juga satu daripada tuhan yang paling popular dalam agama Hindu dan disembah secara meluas di India dan Nepal. Dalam beberapa sub-mazhab Vaishnavisme, Rama juga dianggap sebagai Tuhan Maha Esa dan bukan sekadar Avatar Vishnu sahaja. Kisah hidup Rama dirakamkan dalam epik klasik India yang popular iaitu Ramayana. Sepanjang hidupnya, Rama telah merantau hampir ke seluruh benua India. Malah, boleh dikatakan bahawa tidak ada tempat di India yang tidak ada kaitan dengan watak-watak utama Ramayana. Ramayana juga merupakan satu-satunya kitab suci yang telah mempengaruhi hampir setiap aspek pemikiran dan kehidupan masyarakat India sejak beberapa ribu tahun. Pengaruh epik klasik ini juga telah tersebar luas di luar benua India sehingga ke Asia Tenggara.