Lain-lain Ramlah_Ram

  • 'Susah Senang Kita Bersama' (duet bersama Nassier Wahab dari album Nassier 'Sekali Aku Jatuh Cinta' November 1988
  • 'Kami Bersamamu' (nyanyian artis BMG (Ajin Blackrose, Ziana Zain, Zur Eda dan Sheqal) untuk projek khas album untuk Zaiton Sameon (1992)
  • 'Aniaya' single solo dari album 'Pasti Hits' terbitan Sony Music / BMG Music (sekarang Sony BMG Malaysia) (1995)
  • 'Rahmat Di Sebalik Duka' ciptaan Saari Amri single solo dari album 'Koleksi Terbaik Saari Amri Vol 1' (1996)
  • 'Mendam Berahi' duet bersama Jamal Abdillah untuk lagu tema filem Mendam Berahi terbitan Metrowealth Movies Production (2000)
  • 'Maharaja' single dari album Pop Asli terbitan FMC (2006)
  • 'Ketentuan' dan 'Dirgahayu' single untuk siaran stesen radio seluruh Malaysia. Single 'Ketentuan' menjuarai hampir kesemua stesen radio bandar dan luar bandar seluruh Malaysia manakala 'Dirgahayu' mara ke peringkat akhir Juara Lagu 22 yang berlangsung pada 26 Januari 2008. Kedua-kedua single ini juga telah dimuatkan dalam album 'Ketentuan' (2009).
  • 'Bila Aidilfitri Kembali' single Raya terbaru duet bersama Jay Jay terbitan FMC (2009)
  • 'Cinta Gila' merupakan single untuk siaran stesen radio seluruh Malaysia pada tahun 2010. Lagu ini pertama kali diperdengarkan kepada umum pada 'Konsert Malam Gala 25 Tahun Ramlah Ram Dalam Bidang Seni' yang diadakan Impiana Hotel KLCC. Lagu ini mendapat perhatian ramai kerana ia menampilkan satu kelainan pada konsep lagu yang pernah dinyanyikan oleh Ramlah Ram iaitu 'Pop Rock'. Pertama kali Ramlah Ram tampilkan dengan lagu berkonsepkan Pop Rock adalah melalui lagu 'Rindu Kasih' dari album 'Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi' (1989).
  • 'Benar Mencintai' adalah single kedua Ramlah Ram yang diterbitkan oleh Ramlah Ram Group (RRG - Kelab Peminat Rasmi Ramlah Ram) dan FMC pada tahun 2011. Melalui lagu ini, Ramlah Ram bergabung suara dengan bakat muda yang sedang meningkat naik iaitu Faris dari kumpulan indie Awandband. Lagu ini kali pertama diperdengarkan kepada umum ketika majlis ulangtahun Ramlah Ram yang dianjurkan oleh RRG pada Februari 2011 dan kini mula meniti tempat di carta-carta radio seluruh Malaysia.
  • Single terbaru berjudul 'Sesaat Kau Datang' bergandingan bersama kumpulan rap popular Singapura iaitu SleeQ telah meletakkan nama Ramlah Ram sebaris dengan artis-artis muda masakini. Lagu ini menarik perhatian ramai peminat seni muzik tanahair kerana ianya membabitkan kolaborasi antara Adi 6ixth Sense, Faris Awanband dan pencipta lagu 'Cinta Gila' ID Mifzal. Menjuarai kebanyakkan carta-carta radio di Malaysia dan video klip rasmi lagu ini mendapat jumlah tontonan lebih 4 juta tontonan.
  • Lagu '5 Minit' (kolaborasi bersama Caprice) dan 'Takdir Cinta' (duet bersama Ana Syuhada) menjadi antara lagu popular Ramlah Ram dari album terbarunya. Lagu-lagu ini telah meneruskan legasi Ramlah Ram dalam industri Muzik sebagai sebagai penyanyi wanita yang kekal relevan dan popular untuk 4 dekad berbeza.