Ramlah_Ram
Ramlah_Ram

Ramlah_Ram

Ramlah Ram (lahir 19 Februari 1965) ialah seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Beliau ialah bintang kelahiran RTM, menerusi pertandingan Bintang RTM pada tahun 1985. Beliau membuat persembahan memukau menerusi lagu 'Rindu' yang dipopularkan oleh Hetty Koes Endang pada malam akhir satu-satunya pertandingan berprestij ketika itu. Antara lagu lagu popular nyanyian beliau yang masih diminati sehingga kini ialah Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu, Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi, Ke Kiri Sepi Ke Kanan Rindu dan lain lain.Ramlah Ram adalah salah seorang penyanyi Malaysia yang berjaya melahirkan album solo baru di setiap 4 dekad berbeza selain M Nasir, Anita Sarawak, Sharifah Aini, Khatijah Ibrahim, Jamal Abdillah, ND Lala , Hattan dan Noraniza Idris.Album pertama beliau diterbitkan oleh Datuk Ahmad Nawab dengan judul Sabarlah Sayang pada tahun 1986 dan bintangnya mula 'meledak'pada tahun 1988 menerusi album 'Kau Kunci Cintaku (dalam hatimu) di mana beliau merupakan artis pertama Malaysia meraih jualan album melebihi 300,000 unit. Album terbaik ketika itu juga turut memuatkan lagu 'Apa Khabarmu Di Sana' dan 'Diam Diam Jatuh Cinta'.Antara lagu hits nyanyian beliau ialah 'Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi' (1989), 'Duri Dalam Cinta' (1990), 'Siapa Yang Bersalah' (1991), 'Madah Dan Karenah' (1992), 'Selamat Jalan Romeo' (1994), 'Keangkuhanmu' (1995), 'Zapin Yang Tinggal' (1998), 'Kasih Tak Berpinggir' (1999), 'Maharaja' (2006), 'Dirgahayu' dan 'Ketentuan' (2007/2008)Pernah digelar Whitney Houston Malaysia kerana nada tinggi beliau iaitu 'F Sharp' adalah setanding diva terkenal Amerika Syarikat itu.[perlu rujukan] Vokal serta penghayatannya ketika menyanyikan lagu-lagu bernada tinggi telah terbukti sehingga kini dengan beberapa kejayaan di Juara Lagu (1988) dan Hits 1 (2008) dan pernah dicalonkan merebut vokal terbaik di AIM 1995 dan 1998 menerusi album 'Ramlah Ram' dan 'Sekeping Cinta Sehampar Janji' Selepas mendirikan rumahtangga bersama jurutera RTM, Kamal Roslim pada tahun 2000, Ramlah Ram banyak menyepikan diri kerana komitmen rumahtangga yang baru dibina sehinggalah kemunculan semula beliau menerusi lagu 'Maharaja' pada tahun 2006 memuncak namanya kembali. Kini dengan persiapan beliau untuk muncul dengan album terbaru dimulakan dengan kejayaan di Hits Satu anjuran RTM pada 23 Mac 2008. Lagu 'Ketentuan' telah diangkat sebagai lagu terbaik dan ia merupakan permulaan kejayaan buat Diva Vokal ini. Album terbaru Ramlah Ram berjudul Aspirasi Hati telah dipasarkan pada Oktober 2012. Buat pertama kali penerbitan album ini dihasilkan oleh ahli kelab peminatnya Ramlah Ram Group dan di pasarkan oleh pihak FMC. Album ini merupakan album pertama di Malaysia yang diterbitkan oleh kumpulan peminat berdaftar. Album ini masih mengekalkan konsep Pop tetapi bekerjasama dengan pencipta-pencipta baru yang berbakat yang merupakan ahli-ahli kelab peminatnya sendiri manakala susunan muzik dihasilkan oleh komposer terkenal seperti Ady 6ixthsense, Mikael dan Ammar Dramaband. Antara lagu-lagu yang dimuatkan di dalam album terbaru beliau ialah '5:00 minit','Cinta Gila', 'Benar mencintai', 'Sejadah Cinta', 'Seandainya', 'Sesaat Kau Datang' dan 'Takdir Cinta'.

Ramlah_Ram

Laman sesawang Laman Rasmi Ramlah Ram
Tahun aktif 1985 - kini
Syarikat rakaman Nawab Productions (NP; 1986 - 1991), (Sony BMG; 1992 - 1999), (FMC; 2006 - 2012); RRG Entertainment (2012-kini)
Instrumen Vokal
Genre Pop, Ghazal, Zapin, Joget, Dangdut, Pop Rock
Pekerjaan Penyanyi, pelakon
Kelahiran (1965-02-19) 19 Februari 1965 (umurĀ 54)
Kesang, Tangkak, Johor, Malaysia