Rampage_(album_Search)
Rampage_(album_Search)

Rampage_(album_Search)

Rampage ialah album studio keenam rakaman kumpulan Search, dan juga album pertama yang diterbitkan oleh kugiran ini sendiri (dengan bantuan Terry Thaddeus sebagai pembantu penerbit dan Aziz Bakar sebagai penerbit eksekutif) setelah menggunakan perkhidmatan M. Nasir sebagai penerbit untuk kesemua album studio sebelumnya. Album ini dikeluarkan pada 16 Mei 1992 tetapi dikeluarkan pada 14 Mei 1992 di Indonesia.Berlainan dengan album-album kumpulan Search yang terdahulu, Rampage mempunyai susunan muzik yang eksperimental dan dinamik.Rampage dirakam di Trax Studio dengan proses mastering di Lion Studio, Singapura, iaitu tempat rakaman album-album terawal Search pada 1980-an. Ross Ariffin, Mac Chew dan Celestino tampil dalam album ini sebagai pemain papan nada undangan di samping sekumpulan penyanyi latar yang dianggotai oleh Jay Jay, antara lainnya. Album ini menampilkan Yan, pemain bass dari kumpulan Lefthanded kembali semula merakamkan album bersama Search untuk kali kedua selepas beliau sebelum ini pernah merakamkan album sulung Search - Cinta Buatan Malaysia pada 1985.Pada tahun 2003, album ini dibaik pulih oleh Edrie Hashim, serentak dengan Fenomena 2003.

Rampage_(album_Search)

Dikeluarkan pada 16 Mei 1992
Penerbit Search
Genre Rock, heavy metal
Syarikat Go-Search, BMG Pacific