Rangkaian_kawasan_persendirian

Rangkaian Kawasan Persendirian (bahasa Inggeris: Personal Area Network, PAN) ialah rangkaian komputer yang digunakan untuk komunikasi antara peranti komputer (termasuk telefon dan PDA) yang berhampiran dengan seseorang pengguna. Jarak rangkaian PAN hanya dalam beberapa meter sahaja. PAN boleh digunakan untuk komunikasi antara alat persendirian mereka sendiri (komunikasi intrapersendirian), atau untuk sambungan kepada rangkaian tahap tinggi dan Internet (laluan menaik).Rangkaian kawasan persendirian boleh disambungkan dengan bas komputer seperti USB dan FireWire. Rangkaian kawasan persendirian tanpa wayar (WPAN) juga boleh dibina dengan menggunakan peralatan teknologi rangkaian seperti IrDA, Bluetooth, UWB, Z-Wave dan ZigBee.