Rantau
Rantau

Rantau

Rantau terletak di Negeri Sembilan, Malaysia. Dalam peta terletak pada koordinat ° 35' 0" Utara, 101° 58' 0" timur. Dari Kuala Lumpur, pekan ini boleh dicapai menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan keluar melalui plaza tol selepas bandar Seremban. Antara lokasi berdekatan ialah Siliau, Port Dickson, Seremban, Pedas dan Rembau. Kampung dan taman berdekatan ialah Kampung Baru, Kuala Sawah, Kampung Siliau, Taman Tuanku Jaafar, Kampung Solok, Taman Pasir Mas dan Felda Gugusan Rantau. Ekonomi utama di sini ialah sektor pertanian terutama kelapa sawit.Antara tokoh tempatan ialah Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Mohamad bin Haji Hasan dan kartunis Ujang.Masjid yang terdapat di Pekan Rantau ini adalah Masjid Jamek Pekan Rantau. [1]