Rantau_Panjang
Rantau_Panjang

Rantau_Panjang

Rantau Panjang merupakan sebuah pekan yang bersempadan antara Malaysia dan Thailand yang terletak di utara negeri Kelantan dalam kawasan barat jajahan Pasir Mas. Ia berada 39 kilometer di barat daya bandar Kota Bharu dan terletak berhampiran dengan Sungai Golok, Thailand.Jumlah penduduk mengikut bancian pada 2015 adalah seramai 96,975 orang.Rantau Panjang dikenali ramai sebagai kawasan zon bebas cukai. Ia terkenal dengan pelbagai barangan jualan dan cenderahati. Pemeriksaan Unit Pencegah Penyeludupan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia menguatkuasakan sekatan di sekitar Rantau Panjang bagi mengelak penyeludupan dadah, beras, gula, manusia dan sebagainya. Terdapat banyak pangkalan haram berada di sini untuk kemasukan warga Thailand mahupun pendatang asing tanpa izin (PATI) tanpa menggunakan pasport.