Rapid_KL

Rapid KL, singkatan untuk Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Kuala Lumpur pada ketika ini merupakan jenama perkhidmatan pengangkutan awam. Dengan penubuhan dua anak syarikat baru bagi penstrukturan semula operasi rel dan bas henti-henti secara berasingan, Rapid Rail dan Rapid Bus telah ditubuhkan bagi menggantikan nama lama syarikat milik kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 2004 iaitu Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Kuala Lumpur Sdn Bhd.