Ratko_Mladić
Ratko_Mladić

Ratko_Mladić

Bosnian WarRatko Mladic lahir pada 12 Mac 1942 adalah etnik Serbia, pemimpin tentera dan didakwa sebagai penjenayah perang selama Perang Yugoslavia .Awalnya sebagai tentersa pangkat tinggi dalam Tentera Rakyat Yugoslavia. Dia menjadi Ketua Staf Tentera Republika Srpska (Tentera Bosnia Serbia) selama Perang Bosnia 1992-1995. Pada tahun 1995, beliau didakwa oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa kerana dituduh melakukan pembunuhan , jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan . Sebagai jeneral tentera dan komando , Mladic dituduh oleh ICTY kerana bertanggung jawab terhadap Pengepungan Sarajevo 1992-1995 dan pembunuhan beramai-ramai Srebrenica - pembunuhan beramai-ramai terbesar di Eropah sejak Perang Dunia II . Dia diburu hampir 16 tahun sehingga dia ditangkap oleh pasukan keselamatan Serbia pada 26 Mei 2011 di Lazarevo , Serbia .Surat perintah penangkapan antarabangsa dikeluarkan terhadap Mladic selepas Peraturan 61 dari ICTY. Negara Serbia dan Amerika Syarikat menawarkan € 5 juta jika Mladic berjaya ditangkap. Pada bulan Oktober 2010, Serbia meningkatkan hadiah dari € 5 juta kepada € 10 juta. Serbia meminta bantuan Interpol untuk memburu Mladic.Jika tertangkap barulah Serbia boleh menyertai dengan Kesatuan Eropah .Mladic merupakan ahli Parti Komunis Yugoslavia . Kerjaya awalnya sebagai Tentera Rakyat Yugoslavia pada tahun 1965.