Razis_Ismail
Razis_Ismail

Razis_Ismail

Ghazali Ismail (lahir 1 Julai 1960), atau lebih dikenali sebagai Razis Ismail, adalah seorang penyanyi yang terkenal di Malaysia pada sekitar era 80an. Lagu-lagu beliau sering kerap kali diputarkan di corong-corong radio Malaysia sekitar era 80an. Berasal dari Tanjung Tokong, Pulau Pinang. Suara beliau yang lunak dan muka beliau yang kacak sering menjadi pujaan gadis-gadis ketika zaman kegemilangan beliau. Selain menyanyi, beliau juga menceburi dalam bidang lakonan iaitu filem Mawar Merah dan beliau hanyalah sebagai seorang pelakon pembantu.