Kerjaya Reen_Rahim

Sebelum memulakan kerjaya lakonan, Reen Rahim memulakan kerjaya awalnya sebagai pendandan rambut.

Pada awal 2012, beliau menjuarai rancangan pencarian bakat baharu dalam bidang lakonan, Pilih Kasih musim ketiga terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM).[2] Lakonan TV pertamanya ialah menerusi watak Elia dalam drama Aku Tak Percaya Cinta yang disiarkan di TV3. Reen memegang watak Amy, rakan karib Tasha lakonan Puteri Sarah Liyana dalam Evolusi KL Drift: The Series di TV2.

Kerjaya filem beliau termasuk peranan dalam filem aksi komedi, Gangster Celop arahan Ahmad Idham lakonan Syamsul Yusof dan Kamal Adli, Mawar Putih arahan Rosnani Jamil dan Soulmate Hingga Jannah arahan A. Razak Mohaideen. Reen memegang watak tajuk dalam drama Sahara yang disiarkan di Astro Prima, pernah mencetuskan kontroversi satu ketika dahulu.

Peranannya di dalam telefilem termasuk Talak, Romantika Bulan Madu, Aku Bukan Hijabista, Calon Suami dan Kaki Kipas.

Reen dilaporkan akan memulakan kerjayanya sebagai penyanyi, biarpun beliau lebih dikenali sebagai pelakon.[3] Beliau bergandingan di samping aktres Nabila Huda menerusi filem Rempit Sampai Langit yang ditayangkan pada 23 November 2017.[4]

Beliau digandingkan bersama Pekin Ibrahim dalam telefilem Perahu Kecil yang bersiaran di TV1 pada 29 September 2018.[5]