Rejabhad
Rejabhad

Rejabhad

Rejabhad atau nama sebenarnya Rejab Bin Had adalah seorang kartunis Malaysia yang terkenal. Beliau digelar Raja Kartun Malaysia atau Penghulu Komik Malaysia. Dilahirkan pada 23 Ogos 1939 di Permatang Pauh, Pulau Pinang. Beliau mula aktif melukis komik ketika berusia 19 tahun semasa bertugas dalam pasukan Askar Diraja Melayu. Kartun sulungnya disiarkan dalam majalah Gelanggang Filem (terbitan Allahyarham Tan Sri P Ramlee) pada Julai 1958. [1]Beliau pernah menghasilkan karya-karya yang terkenal antaranya Perwira Mat Gila, Tan Tin Tun, Mawar Oh Mawar, Selendang Siti Rogaiyah dan banyak lagi. Rejabhad lebih dikenali dengan nama jolokan Pak Jab. Karya terakhir beliau ialah Amal (anak Periwira Mat Gila) iaitu novel terakhirnya sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir pada 14 November 2002 ketika berusia 63 tahun kerana serangan sakit jantung.[2]

Rejabhad

Pekerjaan Kartunis
Pasangan Aminah Zainab
Anak 4 orang
Nama lain Pak Jab
Terkenal kerana Perwira Mat Gila,
Tan Tin Tun,
Mawar Oh Mawar,
Selendang Siti Rogaiyah
Meninggal dunia 14 November 2002
Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)
Warganegara Malaysia
Sebab kematian serangan sakit jantung
Kelahiran Rejab Bin Had
23 Ogos 1939
Permatang Pauh, Pulau Pinang
Gelaran Raja Kartun Malaysia / Penghulu Komik Malaysia