Menu
Rejimen Renjer Diraja Organisasi dan unitRejimen Renjer DiRaja kini mempunyai 10 buah batalion. Batalion Rejimen Renjer DiRaja tidak dikumpulkan di dalam sesuatu briged secara bersama-sama tetapi sebaliknya diagih-agihkan kepada briged-briged tempur dalam Tentera Darat Malaysia. Batalion Rejimen Renjer DiRaja disusun kelengkapan dan diberikan peranan seperti mana batalion Rejimen Askar Melayu DiRaja. Kebanyakan batalion disusun menjadi batalion infantri standard.
Namun demikian, Batalion Kelapan (8 Renjer) Rejimen Renjer DiRaja mencatat sejarah pada 1 Julai 1990 apabila menjadi battalion infantri standard yang pertama ditukarkan menjadi Batalion Infantri Para. Kesemua anggota 8 Renjer telah melalui dan telah lulus kursus payung terjun, yang membolehkan keseluruhan batalion tersebut bersama pasukan bantuan tempurnya dimasukkan ke dalam kawasan operasi dengan cara mendarat menggunakan payung terjun.
Batalion Ketujuh Rejimen Renjer DiRaja (7 Renjer) pula telah disusun semula menjadi satu batalion infantry mekanis, dan sebagai pasukan infantri yang bergerak ke medan pertempuran menggunakan kenderaan berperisai ACV ataupun IFV.
Menu
Rejimen Renjer Diraja Organisasi dan unitBerkaitan
Rejimen Rejimen Renjer Diraja Rejimen Askar Wataniah Rejimen Askar Melayu DiRaja Rejimen Sempadan Rejimen Semboyan Diraja Rejimen Khidmat Udara Khas Australia Rejimen Artileri DiRaja Rejimen Ke-10 Rejimen LoyalRujukan
WikiPedia: Rejimen Renjer Diraja http://fotoweb.bernama.com/fotoweb/preview.fwx?pos... http://7rangers.blogspot.com http://7renjer.blogspot.com/2005/05/brief-history-... http://bujangberani10.blogspot.com/ http://renjervalour.blogspot.com/ http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&d... http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2002... http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2004... http://army.mod.gov.my/pasukan/rrd.htm http://army.mod.gov.my/rrd/image/sejarah/21.jpg