Rembangan

Dalam astronomi, rembangan (juga istiwa, kemuncak atau kulminasi) planet, bintang, atau buruj ialah transit di atas meridian pemerhati.[1][2]Semasa hari sidereal, objek astronomi melintasi meridian dua kali: sekali di rembangan atas, apabila ia (kira-kira) pada titik tertinggi seperti yang dilihat dari bumi, dan ketika rembangan bawah, pada (kira-kira) titik terendah. Selalunya, rembangan digunakan untuk rembangan atas.[3]