Republik_Indonesia_Serikat
Republik_Indonesia_Serikat

Republik_Indonesia_Serikat

Republik Indonesia Serikat (RIS) adalah sebuah republik persekutuan di mana Belanda secara rasminya menyerahkan kedaulatan kesemua kawasan yang terangkum dalam Hindia Timur Belanda (kecuali Nugini Belanda) pada 27 Disember 1949 berikutan keputusan dalam Konferensi Meja Bundar. Penyerahkan ini juga menamatkan konflik empat tahun yang berlaku antara para nasionalis Indonesia dengan Belanda berkenaan kawalan ke atas Indonesia. Republik ini bertahan kurang daripada setahun sebelum digantikan dengan Republik Indonesia.