Republik_Serbia_(1990–2006)
Republik_Serbia_(1990–2006)

Republik_Serbia_(1990–2006)

Republik Serbia ([Република Србија/Republika Srbija] error: {{lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)) adalah sebuah anggota konstituen dalam Serbia dan Montenegro (Republik Persekutuan Yugoslavia) antara tahun 1992 sehingga 2006. Selepas pemisahan diri oleh Montenegro daripada kesatuan dengan Serbia pada tahun 2006, kedua-duanya menjadi negara berdaulat dengan hak masing-masing.Selepas kejatuhan Liga Komunis Yugoslavia pada tahun 1990, Republik Sosialis Serbia diketuai oleh Slobodan Milošević dari Parti Sosialis (dahulunya Komunis) yang menerima pakai sebuah perlembagaan baru, mengistiharkan mereka sebagai sebuah anggota republik dengan institusi-institusi dalam Yugoslavia, dan adjektif "Sosialis" digugurkan daripada gelaran rasmi. Apabila Yugoslavia berpecah, pada tahun 1992 Serbia dan Montenegro mengasaskan sebuah persekutuan baharu yang dikenali Republik Persekutuan Yugoslavia, dan selepas tahun 2003, Serbia dan Montenegro.Serbia mendakwa bahawa ia tidak terlibat dalam peperangan di Bosnia dan Croatia. Bagaimanapun, entiti-entiti pemberontak Serb di kedua-dua negara memohon untuk mendapat penyatuan terus bersama-sama Serbia. SAO Krajina dan kemudian Republik Krajina Serbia memohon untuk menjadi "sebuah bahagian konstitutif dalam wilayah negara bersatu dalam Republik Serbia".[1] Presiden Republika Srpska, Radovan Karadžić mengistiharkan bahawa beliau tidak inginkan Srpska membentuk persekutuan bersama-sama Serbia dalam Yugoslavia, tetapi Srpska mesti digabungkan ke dalam Serbia.[2] Meskipun Serbia mengakui harapan kedua-kedua entiti untuk membentuk sebuah negara dalam Serbia, kedua-dua entiti memilih jalan kemerdekaan berasingan dan kerajaan Serbia tidak mengiktiraf mereka sebagai sebahagian daripada Serbia, atau sebahagian dalam Republik Persekutuan Yugoslavia.Bagaimanapun, Serbia berjaya mengelak diri daripada Perang Yugoslavia sehingga tahun 1998 apabilan Perang Kosovo meletus, tahun 1990-an menandakan krisis ekonomi (termasuk rekod dunia bagi inflasi hiper pada pertengahan tahun 1990-an), peperangan di negara berjiran, krisis perlarian, dan pemerintahan autokratik oleh Slobodan Milošević. Selepas pihak pembangkang mendapat kuasa pada tahun 2000, Serbia (dilihat oleh komuniti antarabangsa berasingan dengan Montenegro yang mana kepemimpinannya menjadi pos kawalan barat sejak tahun 1998) memulakan perubahan bagi menyesuaikan dengan negara-negara barat, selepas sedekad dilakukan oleh negara-negara Eropah timur lain. Akibat dari perubahan ini, negara berdaulat Yugoslavia mula menyatukan secara perlahan-lahan dengan komuniti antarabangsa selepas satu tempoh pengasingan yang di sebabkan oleh sekatan-sekatan yang mula dilonggarkan.