Nama
Republik Weimar (
Weimarer Republik (
bantuan·
maklumat), IPA:
[ˈvaɪmarɐ repuˈbliːk] <VAI-ma-ra ré-pu-BLIK>) dipakai oleh para sejarawan untuk menandakan zaman
republik demokratik di
Jerman Jerman dari tahun 1919 hingga 1933.Berikutan
Perang Dunia Pertama, republik ini timbul dari
Revolusi Jerman pada bulan November 1918. Pada tahun 1919, sebuah
perhimpunan kebangsaan bersidang di bandar raya
Weimar, di mana dibubalnya
perlembagaan baru untuk Reich Jerman untuk diterima guna pada 11 Ogos. Cubaan mendirikan semula Jerman sebagai negara
demokrasi liberal ini gagal setelah bangkitnya
Adolf Hitler dan
Parti Nazi pada tahun 1933. Walaupun sebetulnya perlembagaan Weimar 1919 tidak dibatalkan sehingga selepas
Perang Dunia Kedua, tindakan undang-undang yang diambil kerajaan Nazi pada bulan Februari dan Mac 1933, yang bergelar
Gleichschaltung, menghancurkan mekanisme-mekanisme demokrasi sejati. Oleh itu, tahun 1933 selalu dianggap sebagai detik berakhirnya Republik Weimar, sekaligus bermulanya "
Reich Ketiga" pimpinan Hitler.Nama Republik Weimar tidak pernah sekali dipakai secara rasmi sewaktu kewujudannya. Walaupun berbentuk republik, republik baru ketika itu masih dikenali sebagai Deutsches Reich dalam
bahasa Jerman, atau "Empayar Jerman" dalam bahasa Melayu. Oleh sebab istilah Jerman
reich lebih banyak maksudnya berbanding perkataan empayar, maka namanya sering diterjemah menjadi Reich Jerman. Nama pendeknya tetap Jerman.